Thursday, October 24, 2024
29.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makluman gangguan bekalan air

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 OKT – Penduduk di kawasan Mukim Amo dan Mukim Bokok, Daerah Temburong, pada masa ini, sedang mengalami gangguan bekalan air / tekanan air rendah disebabkan oleh kerosakan pam air di Stesen Pam Air Mentah Sumbiling.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan, di sini, menyatakan bahawa gangguan bekalan air dan tekanan air rendah berkenaan disebabkan kerosakan pam di Stesen Pam Air Mentah Sumbiling yang seterusnya menjejaskan penghasilan air bersih di kawasan-kawasan berkenaan.

    Pada masa ini, pihak Jabatan Kerja Raya telah pun menyediakan beberapa tangki biru di Masjid Belais, Masjid Rataie, Masjid Bokok dan Sekolah Rendah Rataie bagi kemudahan penduduk-penduduk yang terjejas.

    Pihak JKR akan terus berusaha untuk mengembalikan bekalan air seperti sedia ada dalam masa yang terdekat. Pihak jabatan turut menyatakan kesabaran dan kefahaman orang ramai mengenai perkara itu adalah sangat dihargai.

    Gambar Freepik

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda