Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 11 DIS – Orang ramai khususnya penduduk di kawasan Kampung Telisai dan Kampung Telamba, Daerah Tutong berkemungkinan akan mengalami gangguan bekalan air / tekanan air rendah pada masa ini disebabkan oleh kerja-kerja kecemasan pembaikan paip bocor berdekatan Jambatan Jalan Telisai.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan, di sini, menyatakan bahawa kerja pembaikan sedang dilaksanakan dan kawasan-kawasan terlibat berkemungkinan akan mengalami gangguan atau tekanan air rendah.
Sehubungan itu, orang ramai yang ingin memohon bekalan air tanker boleh menghubungi Talian Darussalam 123.