Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 17 DIS – Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan bahawa jabatan berkenaan telah menerima beberapa aduan mengenai tekanan air rendah dan gangguan bekalan air di kawasan Jalan Wasai Limuru, Rancangan Perumahan Negara Kampung Tanah Jambu.
Dalam hubungan itu, JKR sedang melaksanakan siasatan bagi mengenal pasti punca gangguan berkenaan dan telah pun mengambil tindakan sewajarnya bagi membantu sebahagian kawasan yang terjejas.
Jabatan berkenaan menyatakan lagi bahawa maklumat terkini akan diberikan sebaik sahaja pihak jabatan memperoleh maklumat lebih lanjut mengenainya.
JKR turut menyatakan segala kesulitan dan ketidakselesaan yang dialami oleh orang rama adalah sangat dikesali. Penduduk yang terjejas akibat gangguan bekalan air berkenaan boleh menghubungi Talian Darussalam 123 untuk permohonan bekalan air tanker.


