Oleh Salawati Haji Yahya –
TUTONG, 20 DIS – Orang ramai khususnya penduduk di kawasan Bukit Bendera, Tutong Kem, Kampung Petani, Kampung Sengkarai dan sebahagian di Kampung Penanjong, Daerah Tutong akan mengalami gangguan bekalan air atau tekanan air rendah disebabkan oleh kerja-kerja pembaikan paip bocor berhampiran lampu Isyarat JT1 (Tutong Kem/Sungai Basong).
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan, di sini, menyatakan bahawa kerja pembaikan sedang dilaksanakan bermula 5 petang hingga kerja-kerja selesai dilaksanakan.
Sehubungan itu, orang ramai yang ingin untuk membuat permohonan pembekalan tangki air sila hubungi Talian Darussalam 123.