Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 22 DIS – Orang ramai khususnya penduduk di kawasan Jalan Jerudong, sebahagian Jalan Tutong, sebahagian Jalan Mulaut, Kampung Jerudong ‘A’ dan ‘B’, Kampung Tagap, Kampung Peninjau, Kampung Pasai, Kampung Selayun, sebahagian Kampung Tanjung Nangka dan kawasan sekitarnya, berkemungkinan akan mengalami gangguan bekalan air / tekanan air rendah disebabkan oleh kerja-kerja penggantian injap di Stesen Pam Air Jerudong.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan, di sini, menyatakan bahawa kerja penggantian injap berkenaan akan dilaksanakan pada esok, 23 Disember bermula pukul 8 malam hingga selesai.
Dalam hubungan itu, kawasan-kawasan terlibat berkemungkinan akan mengalami gangguan atau tekanan air rendah. Orang ramai yang ingin untuk membuat permohonan pembekalan air tanker, mereka boleh menghubungi Talian Darussalam 123.