Oleh Sim Y. H.
TUTONG, 27 DIS – Orang ramai khususnya penduduk di kawasan Kampung Biong, Kampung Bukit Bang Dalam, Kampung Panchong dan keseluruhan Mukim Rambai, Daerah Tutong, berkemungkinan akan mengalami gangguan bekalan air / tekanan air rendah disebabkan oleh kerja-kerja kecemasan pembaikan paip bocor di Jalan Panchong, Kuala Ungar.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan, di sini, menyatakan bahawa kerja pembaikan sedang dilaksanakan pada hari ini, 27 Disember bermula pukul 2 petang sehingga kerja-kerja selesai dan kawasan-kawasan terlibat berkemungkinan akan mengalami gangguan atau tekanan air rendah.
Sehubungan itu, orang ramai yang ingin untuk membuat permohonan pembekalan air tanker, boleh menghubungi Talian Darussalam 123.
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2024/12/x1-Air_f.jpg)