Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 14 APRIL – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan menyatakan bahawa kerja-kerja penyelidikan saliran paip air di Tadahan Tangki Dedap, Beribi Gadong sedang giat dijalankan bermula hari ini, 14 April pukul 9 pagi sehingga 16 April 2025.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh JKR, di sini, menyatakan bahawa kawasan-kawasan seperti di Kampung Beribi, Kampung Mata-Mata, Kampung Jangsak, Kampung Telanai dan sekitarnya berkemungkinan akan mengalami gangguan bekalan air atau tekanan air rendah.
Bagi rumah yang memiliki penapis air disarankan untuk mengeluarkan air atau flushing di penapis persendirian. Orang rami yang mempunyai sebarang aduan mengenai bekalan air atau ingin membuat permohonan pembekalan air tanker, mereka boleh menghubungi Talian Darussalam 123.
