Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 19 DIS – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan ingin memaklumkan kepada orang ramai mengenai gangguan bekalan air dan tekanan air rendah pada 20 Disember bermula pukul 8 pagi hingga kerja-kerja selesai dilaksanakan.
JKR dalam kenyataannya menyatakan bahawa gangguan bekalan air dan tekanan air rendah adalah disebabkan oleh kerja-kerja penyelenggaraan besi pendokong tangki air stainless steel No 2 di Rancangan Perumahan Negara (RPN) Lumut, Daerah Belait.
Oleh itu, beberapa kawasan yang terjejas iaitu kawasan RPN Kampung Lumut Fasa 1 dan Fasa 2 serta kawasan sekitarnya akan mengalami gangguan bekalan air dan tekanan air rendah.