Sabtu, 22 November 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makluman gangguan bekalan air

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JULAI – Orang ramai khususnya penduduk di kawasan Mukim Bokok dan Mukim Amo, Daerah Temburong, pada masa ini, sedang mengalami gangguan bekalan air dan tekanan air rendah disebabkan oleh paras air sungai yang sangat rendah di Stesen Pam Air Mentah Sumbiling.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan, di sini, menyatakan bahawa gangguan bekalan air dan tekanan air rendah berkenaan disebabkan paras air sungai yang sangat rendah di Stesen Pam Air Mentah Sumbiling yang menyukarkan kerja-kerja merawat air sungai mentah serta seterusnya menjejaskan penghasilan air bersih di kawasan-kawasan berkenaan.

    Pada masa ini, pihak JKR telah pun menyediakan beberapa tangki biru di Masjid Bokok, Masjid Belais dan Balai Ibadat Semabat bagi kemudahan penduduk-penduduk yang terjejas.

    Pihak JKR akan terus berusaha untuk mengembalikan bekalan air seperti sedia ada dalam masa yang terdekat. Pihak jabatan turut menyatakan kesabaran dan kefahaman orang ramai mengenai perkara itu adalah sangat dihargai.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda