Sunday, April 27, 2025
27.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makluman gangguan bekalan air Beribi esok

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 APRIL – Orang ramai khususnya penduduk di kawasan Beribi Gadong, berkemungkinan akan mengalami gangguan bekalan air atau tekanan air rendah disebabkan oleh kerja-kerja pengemaskinian pembahagian zon-zon air di tadahan Tangki Dedap, Beribi Gadong bermula esok 28 April hingga 12 Mei pada pukul 9 pagi.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan, di sini, menyatakan bahawa kawasan-kawasan yang terlibat ialah Kampung Beribi, Kampung Mata-Mata, Kampung Jangsak dan Kampung Telanai di mana gangguan bekalan air atau tekanan air rendah mungkin berlaku terutamanya kawasan-kawasan tanah tinggi.

    Selain itu, JKR juga mengadakan kerja-kerja uji cuba set penjana di Loji Rawatan Air Batang Duri dan Stesen Pengepam Air Mentah Batang Duri pada 29 April bermula pukul 9.30 pagi hingga kerja-kerja selesai.

    Kerja-kerja uji cuba berkenaan akan mengambil masa kira-kira 3 jam dan kawasan-kawasan terlibat berkemungkinan akan mengalami gangguan bekalan air atau tekanan air rendah.

    Sehubungan itu, kawasan-kawasan yang berkemungkinan mengalami gangguan bekalan air ialah Mukim Bangar, Mukim Batu Apoi dan Mukim Labu.

    Orang ramai yang ingin untuk membuat permohonan pembekalan air tanker, boleh menghubungi Talian Darussalam 123.

     – Gambar Pixabay
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda