Saturday, July 12, 2025
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makluman gangguan bekalan air di beberapa kawasan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 JULAI – Orang ramai khususnya penduduk di kawasan Menglait, Pengkalan Gadong dan Batu Bersurat berkemungkinan akan mengalami gangguan bekalan air atau tekanan air rendah disebabkan oleh kerja-kerja penyelenggaraan paip di Menglait, Pengkalan Gadong dan Batu Bersurat bermula esok 9 Julai pada pukul 9 pagi hingga kerja-kerja selesai.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan, di sini, menyatakan bahawa kawasan-kawasan yang terlibat ialah keseluruhan kawasan Gadong, Kampung Pengkalan Gadong, Kampung Batu Bersurat, Kampung Menglait, Pusat Membeli-belah Gadong dan sekitarnya di mana kawasan-kawasan yang terlibat berkemungkinan akan mengalami gangguan bekalan air atau tekanan air rendah.

    Orang ramai yang ingin untuk membuat permohonan pembekalan air tanker, mereka boleh menghubungi Talian Darussalam 123.

    Gambar Pixabay
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda