Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makluman gangguan bekalan air di beberapa kawasan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 MEI – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan bahawa kerja-kerja pembaikan paip air utama berukuran 1,200mm berdekatan dengan simpang Taman Peranginan Sungai Basong, Tutong giat dilaksanakan 10 malam tadi.

    Menurut JKR, berikutan kerja-kerja pembaikan itu, beberapa kawasan terjejas iaitu RPN Lambak Kanan, STKRJ Lambak Kiri, Akademi Pertahanan ABDB, Berakas Kem, Tapak Perindustrian Lambak Kanan, sebahagian Jalan Pasir Berakas, sebahagian RPN Tanah Jambu, RPN Meragang, Kampung Salambigar dan sekitarnya akan mengalami tekanan air rendah atau tiada bekalan air (terutama di kawasan tinggi).

    JKR memberi jaminan kepada orang ramai bahawa setiap langkah telah diambil untuk menyelesaikan kerja tersebut secepat mungkin.

    Pihak jabatan turut memohon kerjasama semua pihak untuk berjimat cermat dalam penggunaan air serta menghubungi Talian Darussalam 123 bagi pembekalan air bersih melalui lori tangki atau sebarang aduan berhubung pembekalan air bersih.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda