Tuesday, January 21, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makluman gangguan bekalan air di Daerah Tutong

    Oleh Salawati Haji Yahya

    TUTONG, 22 DIS – Beberapa kawasan di daerah ini berkemungkinan akan mengalami gangguan bekalan air atau tekanan air rendah hari ini disebabkan kerja-kerja pemasangan boundary valve berukuran 12 inci (315mm).

    Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan dalam kenyataan yang diberikan memaklumkan bahawa kemungkinan gangguan bekalan air berlaku atau tekanan air rendah bermula pukul 9 malam sehingga kerja-kerja pembaikan selesai dilaksanakan.

    Kawasan-kawasan terjejas termasuk RPN Bukit Beruang terutamanya di Jalan Bukit Bilid, Jalan Belimbing Uai, Jalan Paya Belambang dan kawasan sekitarnya.

    Sehubungan itu, pihak jabatan memohon kerjasama semua pihak untuk berjimat cermat dalam penggunaan air serta menghubungi Talian Darussalam 123 bagi pembekalan air bersih melalui lori air (perkhidmatan adalah terhad) atau sebarang aduan berhubung bekalan air.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda