Wednesday, December 4, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makluman gangguan bekalan air panas Hospital RIPAS

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 NOV – Bagi memastikan bekalan air panas di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha berada pada tahap yang optimum dan berfungsi dengan baik, kerja-kerja penggantian injap pada tangki bekalan air panas akan dijalankan di aras bawah satu (B1), Pusat Perempuan dan Kanak-Kanak, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.

    Kementerian Kesihatan dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, menyatakan sehubungan dengan itu, gangguan bekalan air panas di Pusat Perempuan dan Kanak-Kanak akan bermula esok, 14 November hingga 21 November dengan bekalan air panas akan dibekalkan semula selepas kerja-kerja selesai.

    Kementerian Kesihatan memohon maaf atas sebarang kesulitan dan ketidakselesaan yang timbul. Kefahaman, kerjasama dan kesabaran orang ramai ke arah itu adalah sangat-sangat dihargai.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda