Wednesday, February 26, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makluman gangguan bekalan air sedang disiasat

    Oleh: Sim Y. H.

    TEMBURONG, 26 FEB – Orang ramai khususnya penduduk di kawasan Mukim Bangar dan Mukim Bokok, Daerah Temburong, pada masa ini, sedang mengalami gangguan bekalan air atau tekanan air rendah.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan, di sini, menyatakan bahawa jabatan berkenaan sedang giat melaksanakan kerja-kerja penyiasatan untuk mengenal pasti punca gangguan itu dan telah pun mengambil tindakan bersesuaian bagi membantu sebahagian kawasan yang terjejas.

    Pihak jabatan amat menyesali atas kejadian di luar jangkaan itu dan kesulitan yang dialami oleh penduduk-penduduk yang terlibat.

    Status terkini mengenai punca gangguan akan diberikan dari masa ke semasa. Kefahaman dan kesabaran orang ramai mengenai perkara itu adalah sangat dihargai.

    Gangguan bekalan sedang disiasat. – Gambar Pixabay
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda