Monday, January 20, 2025
28.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makluman garis panduan kesihatan bagi jemaah umrah

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 DIS – Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) melalui Jabatan Urusan Haji hari ini memaklumkan kepada orang ramai mengenai kenyataan terkini yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Arab Saudi mengenai garis panduan kesihatan bagi individu yang akan melancong ke Arab Saudi untuk menunaikan ibadah umrah atau membuat lawatan ke dua buah masjid suci bagi Tahun 1446H/2025M.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Arab Saudi itu menasihatkan semua individu agar mengambil suntikan vaksin Meningococcal Meningitis dan menyediakan dokumen yang menunjukkan individu berkenaan telah menerima suntikan vaksin tersebut.

    Bagi Individu yang telah mengambil suntikan vaksin hendaklah menyediakan dokumen yang menunjukkan individu berkenaan telah menerima suntikan vaksin seperti SARS-COV-2 (COVID-19) yang terkini, Seasonal Influenza dan lain-lain vaksin yang boleh mencegah penyakit seperti demam campak, beguk dan rubela (MMR), cacar air dan sebagainya.

    Untuk maklumat lanjut, orang ramai bolehlah melayari laman sesawang rasmi Jabatan Urusan Haji, KHEU.

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda