Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makluman kawasan ruang udara terhad

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JULAI – Jabatan Penerbangan Awam memaklumkan kepada orang ramai bahawa sebagai langkah-langkah tambahan sekuriti dan keselamatan, kawasan dalam lingkungan 3 batu nautika iaitu 5.56 kilometer radius di lokasi-lokasi yang ditetapkan berikut adalah diisytiharkan sebagai kawasan ruang udara terhad pada 29 Julai, 30 Julai dan 4 Ogos.

    Jabatan Penerbangan Awam dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, menyatakan bahawa kawasan-kawasan berkenaan adalah pada 29 Julai, Daerah Brunei-Muara di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan, pada 30 Julai, Daerah Belait di Padang Bandaran, Jalan Sultan, Kuala Belait serta pada 4 Ogos, Daerah Brunei-Muara di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.

    Jadual menunjukkan kawasan dan tarikh yang terlibat.- GAMBAR SERAHAN JABATAN PENERBANGAN AWAM

    Di bawah pengisytiharan itu, pesawat-pesawat termasuk pesawat udara kawalan jauh iaitu dron adalah tidak dibenarkan beroperasi di ruang udara berkenaan kecuali yang mendapat keizinan.

    Kegagalan untuk mematuhi peraturan berkenaan, dianggap sebagai pelanggaran undang-undang dan peraturan-peraturan Negara Brunei Darussalam di bawah Seksyen 51 Perintah Penerbangan Awam, 2006.

    Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut, boleh menghubungi Ketua Bahagian Regulatori, Jabatan Penerbangan Awam di talian, +673 2330142 sambungan 1455 atau e-mel, umanned.aircraft@dca .gov.bn.

    Jabatan Penerbangan Awam mengucapkan terima kasih kepada orang ramai atas kerjasama dan mematuhi pengisytiharan berkenaan.

    Gambar Unsplash

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda