Tuesday, March 21, 2023
21.6 C
Brunei

-

Makluman kerja-kerja melabuhkan blok konkrit

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 JAN – Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Negara Brunei Darussalam (PBMP), dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, memaklumkan para pelaut bahawa kerja-kerja melabuhkan 10 unit blok konkrit untuk anchoring mooring line khusus bagi bot penyelam bermula pada 6 Januari hingga 6 Mac di perairan negara.

PBMP menyatakan lagi bahawa kerja-kerja berkenaan dilaksanakan oleh Oceanic Quest Sdn Bhd, dan ia akan menyebabkan pembatasan kepada keselamatan pelayaran.

Kerja-kerja yang dilaksanakan adalah melabuhkan 10 unit penambat konkrit dan pemasangan mooring line untuk kegunaan bot penyelam di lokasi menyelam dengan melabuhkan satu hingga dua unit pada setiap hari.

Oleh itu, bot bekerja akan menambat dan melaksanakan kerja-kerjanya di kawasan yang terlibat.

Isyarat amaran akan disediakan, iaitu dengan memaparkan penyelam berada di bawah bendera semasa menyelam.

Stesen Isyarat Radio Pantai Muara (MCSS), PBMP (tanda panggilan: Muara Harbour) akan memaklumkan mana-mana kapal untuk keselamatan navigasi di kawasan-kawasan yang terlibat.

Para pelaut terutamanya para nelayan tempatan adalah dikehendaki untuk melintasi dengan kelajuan yang perlahan dan selamat, menjauhi diri dari kawasan yang terlibat serta perkakas-perkakasnya, tidak dibenarkan melabuhkan sauh ataupun mana-mana aktiviti yang menyebabkan kejadian tidak diingini berlaku.

Pemilik kapal, nakhoda kapal dan orang yang bertanggungjawab ke atas kapal hendaklah mematuhi notis berkenaan.

Kegagalan berbuat demikian, jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi $10,000 ataupun dipenjarakan tidak melebihi dua tahun ataupun kedua-duanya sekali.

Pihak Oceanic Quest Sdn Bhd akan sentiasa memantau perjalanan operasi.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Kishida umum rancangan Indo-Pasifik baharu di India

NEW DELHI, 20 MAC - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida hari ini menjemput rakan sejawatannya dari India, Narendra Modi untuk menghadiri sidang kemuncak negara-negara...
- Advertisment -