Saturday, July 27, 2024
32.3 C
Brunei

    -

    Makluman kerja-kerja penyelenggaraan di Loji Rawatan Bukit Barun

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Nov – Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan bahawa kerja-kerja penyelenggaraan di Loji Rawatan Bukit Barun dan penggantian inlet paip utama ke Tangki Kiarong akan dilaksanakan esok (22 November) bermula pukul 7 malam hingga kerja-kerja selesai.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini, jabatan itu menjelaskan bahawa kawasan-kawasan yang terjejas ialah Mukim Berakas A dan B, Mukim Kota Batu, Mukim Gadong A dan B, Mukim Lumapas, Mukim Pengkalan Batu, Mukim Kilanas dan Mukim Kianggeh.

    Dalam usaha untuk memberikan keselesaan kepada penduduk di kawasan yang terjejas, lapan lokasi tangki biru disediakan di daerah tersebut.

    Bagi Mukim Kota Batu, tangki berkenaan akan ditempatkan di Masjid Pintu Malim, Masjid Belimbing Subok dan Taman Riadah Tasik Sarubing Simpang 287, Kampung Subok.

    Bagi Mukim Pengkalan Batu, ia akan diletakkan di Masjid Kampung Limau Manis, Masjid Jefri Bolkiah, Kampung Batong dan Masjid Kampung Panchor Murai. Manakala, bagi Mukim Gadong A di Masjid Universiti Brunei Darussalam (UBD), Taman Rekreasi RPN Kampung Rimba dan Masjid Pengiran Muda Abdul Malik.

    Gambar Unsplash

    Bagi Mukim Gadong B pula di Masjid Kampung Beribi, Jalan Jasmin dan Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah; Mukim Lumapas di Masjid Kampung Lumapas, Simpang 596 46-12 STKRJ Lumpas, No. 71, Jalan Kecil Pawas dan Pejabat Pos Kampung Lumapas; Mukim Kianggeh di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, manakala itu, Mukim Berakas A, di Masjid Kampung Lambak, Jalan Pasir Berakas.

    Sementara itu, bagi Mukim Lambak B, RPN Lambak Kanan pula, tangki biru akan diletakkan di Jalan 77 berdekatan Dewan Kemasyarakatan, kawasan lapang Masjid RPN Lambak Kanan, Jalan 99, Jalan 1 berdekatan Dewan Kemasyarakatan Lambak Kanan 1, Jalan 31, Jalan 11, Jalan 64, Jalan 10 Selatan berdekatan Jabatan Pendidikan
    Kokurikulum, Jalan 49, Jalan 3 dan Jalan 4.

    JKR menyatakan, kerja-kerja akan mengambil masa sekitar 12 jam dan kawasan-kawasan yang terlibat akan mengalami gangguan bekalan air atau tekanan air rendah.

    Jabatan menyarankan sebelum penutupan air berlaku, jika ada tangki air domestik supaya dapat memastikan tangki tersebut berisi air dan jika tidak ada tangki air domestik, simpan air dalam bekas atau botol air dan berjimat dalam penggunaan air.

    Selain itu, gunakan air apabila diperlukan sahaja dan hubungi Talian Darussalam 123 bagi perkhidmatan lori tangki air dan bersabar disebabkan kuantitinya adalah terhad. Selepas penutupan air, berikan masa untuk tangki-tangki air kembali ke paras yang tinggi dan menghubungi Talian Darussalam 123 bagi aduan air kekuningan atau tekanan air rendah dan yang penting berjimat dalam penggunaan air.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...