Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makluman kerja pelaksanaan menanda garisan jalan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 OGOS – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan orang ramai terutama pengguna jalan raya bahawa lampu isyarat Jalan Utama Mentiri hingga persimpangan lampu isyarat Jalan Residency akan di tutup bermula hari ini hingga kerja-kerja selesai.

    Menurut siaran akhbar JKR memaklumkan, penutupan tersebut adalah disebabkan oleh kerja pelaksanaan menanda garisan jalan di sepanjang Jalan Kota Batu hingga Jalan Residency, dan kerja-kerja akan bermula dari pukul 9 malam hingga kerja-kerja selesai dan ini tertakluk kepada keadaan cuaca.

    Sehubungan itu, pengguna jalan dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dan mematuhi papan tanda arahan jalan raya serta had kelajuan yang telah ditetapkan.

    Peta menunjukkan kerja pelaksanaan menanda garisan jalan di sepanjang Jalan Kota Batu hingga Jalan Residency. – GAMBAR SERAHAN JKR
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda