Tuesday, October 15, 2024
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makluman kerja pemasangan kabel di Jambatan SHOAS

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 OKT – Orang ramai khususnya pengguna Jambatan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien (SHOAS) disarankan untuk sentiasa berhati-hati serta mematuhi had laju yang dibenarkan semasa kerja-kerja pemasangan Kabel 66kV di jambatan berkenaan yang bakal dijalankan esok, 16 Oktober hingga 3 Januari 2025, sehingga kerja-kerja selesai.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan, di sini, kerja-kerja pemasangan kabel dilaksanakan di KM T20.6 sehingga KM T16.6, hala Temburong.

    JKR menyatakan lagi bahawa jalan lencongan disediakan dan para pengguna jambatan dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati, mematuhi papan arahan jalan raya serta had kelajuan yang telah dibenarkan.

    Lokasi kerja pemasangan kabel di jambatan berkenaan.
    Lencongan yang disediakan. – GAMBAR DARI NOTiS SERAHAN JKR

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda