Monday, May 5, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makluman kerja pemasangan kabel di Jambatan SHOAS

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 MEI – Jabatan Kerja Raya (JKR) ingin memaklumkan bahawa Kerja-kerja pemasangan kabel 66kv akan diadakan di sepanjang Jambatan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien (SHOAS) iaitu menghala Brunei Muara bermula hari ini hingga 20 Mei 2025.

    Lokasi pemasangan kabel adalah di KM BM 20.5 ke KM BM 18.5, dan orang ramai dinasihatkan untuk menggunakan jalan lencongan yang disediakan di samping mengingatkan untuk memandu dengan berhati-hati serta mematuhi papan tanda arahan jalan raya serta had kelajuan yang telah ditetapkan.

    Lokasi yang terlibat dalam kerja pemasangan kabel berkenaan. – GAMBAR SERAHAN JKR         
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda