Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 16 DIS – Orang ramai khususnya penduduk di kawasan RPN Kampung Panchor Mengkubau, Jalan Tanjung Kudus, Jalan Sungai Carana, Jalan Tanjung Selasih, Jalan Paya Panchor, Jalan Bukit Bintagur dan kawasan sekitarnya berkemungkinan akan mengalami gangguan bekalan air / tekanan air rendah pada masa ini disebabkan oleh kerja-kerja kecemasan pembaikan paip outlet menuju ke Tangki Sum Mengkubau.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan, di sini, menyatakan bahawa kerja pembaikan sedang dilaksanakan dan kawasan-kawasan terlibat berkemungkinan akan mengalami gangguan atau tekanan air rendah.
Sehubungan itu, orang ramai yang ingin untuk membuat permohonan pembekalan air tanker boleh menghubungi Talian Darussalam 123.