Friday, February 21, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makluman kerja pembaikan di Jalan Tengah

    Oleh Salawati Haji Yahya

    KUALA BELAIT, 19 OKT – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan orang ramai mengenai penutupan sementara jalan di Jalan Tengah berdekatan Perumahan Panaga 2000 mulai 10 malam ini.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, JKR menjelaskan bahawa penutupan sementara berkenaan adalah untuk membolehkan pemeliharaan jambatan dan melapis semula jalan.

    Sehubungan itu, pihak jabatan menasihatkan para pengguna jalan untuk menggunakan jalan-jalan alternatif yang terdapat di kawasan berkenaan.

    Peta menunjukkan penutupan sementara jalan di Jalan Tengah berdekatan Perumahan Panaga. – Gambar serahan JKR
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda