Oleh Sim Y. H.
KUALA BELAIT, 20 JULAI – Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan memaklumkan kepada orang ramai bahawa kerja-kerja pembaikan injap di Jalan Kampung Lumut, Daerah Belait akan diadakan pada 22 Julai bermula pukul 9 malam hingga kerja-kerja selesai.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh JKR, di sini, menyatakan bahawa kawasan-kawasan terlibat iaitu Kampung Sungai Bakong, Perumahan Barek Polis BLNG, Lumut Power Station (Cogen), Kampung Sungai Kuru, Brunei Fertiliser Industry (BFI), Hibiscus Petroleum dan sekitarnya berkemungkinan akan mengalami gangguan bekalan air atau tekanan air rendah.
Orang ramai yang ingin membuat permohonan perkhidmatan bekalan air tanker, mereka boleh menghubungi Talian Darussalam 123.


