Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 5 MEI – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara sebahagian jalan di Simpang 51, Jalan Rakyat Jati Rimba, Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati (STKRJ) Kampung Rimba bermula esok hingga 12 Mei.
JKR menerangkan bahawa penutupan berkenaan adalah untuk membolehkan kerja-kerja pembaikan kalbat rosak di jalan itu.
Sehubungan itu, JKR menasihatkan para pengguna jalan raya untuk menggunakan jalan-jalan alternatif.


