Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 5 OGOS – Jabatan Kerja Raya (JKR) ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa kerja-kerja pembaikan paip air utama yang bocor di Simpang 1259, Kampung Tunggulian, Mukim Liang akan dilaksanakan hari ini bermula pukul 9 malam sehingga kerja pembaikan selesai.
Antara kawasan yang terlibat adalah Kampung Sungai Liang, Kampung Tunggulian, Kampung Sungai Gana, Kampung Lilas, Balai Bomba Sungai Liang dan kawasan sekitarnya.
Kerja-kerja pembaikan berkenaan dijangka akan mengambil masa selama empat jam dan kawasan yang terlibat berkemungkinan akan mengalami gangguan bekalan air atau tekanan air rendah terutama di kawasan tanah tinggi.
Dalam pada itu, penduduk yang mengalami gangguan air daripada kerja pembaikan tersebut boleh memohon pembekalan air tanker melalui Talian Darussalam 123.