Thursday, May 8, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makluman kerja pembaikan paip bocor sedang dijalankan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 MEI – Orang ramai khususnya penduduk di kawasan Rancangan Perumahan Negara Lumut 1, Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Rashidah, Sekolah Rendah Sungai Taring dan Sekolah Ugama Sungai Taring, pada masa ini, berkemungkinan akan mengalami gangguan bekalan air / tekanan air rendah disebabkan oleh kerja-kerja segera pembaikan paip bocor di Rancangan Perumahan Negara Kampung Lumut 1, Daerah Belait.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan, di sini, menyatakan bahawa kerja pembaikan sedang dilaksanakan pada masa ini dan kawasan-kawasan terlibat berkemungkinan akan mengalami gangguan atau tekanan air rendah.

    Sehubungan itu, orang ramai yang ingin untuk membuat permohonan pembekalan air tanker, boleh menghubungi Talian Darussalam 123.

    Kerja pembaikan sedang dilaksanakan. – Gambar Unsplash
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda