Monday, October 21, 2024
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makluman kerja pembaikan paip bocor telah selesai

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 OKT – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan menyatakan bahawa kerja-kerja pembaikan paip bocor yang menyebabkan gangguan bekalan air di kawasan RPN Meragang, sebahagian Kampung Kapok Kanan dan Kiri telah selesai dilaksanakan pada kira-kira pukul 9:30 malam kelmarin.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh JKR, di sini, menyatakan bahawa bekalan air akan kembali pulih namun ia memerlukan masa untuk pulih sepenuhnya. Kawasan-kawasan tinggi mungkin masih akan mengalami gangguan bekalan air/tekanan air rendah.

    Bagi rumah yang memiliki penapis air, disarankan untuk mengeluarkan air (flushing) di penapis persendirian. Orang rami yang mempunyai sebarang aduan mengenai bekalan air atau ingin membuat permohonan pembekalan air tanker, mereka boleh menghubungi Talian Darussalam 123.

    Gambar Unsplash
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda