Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makluman kerja pembaikan paip utama telah siap

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 DIS  – Kerja-kerja segera pembaikan paip utama peringkat 7 di KM108 telah siap dilaksanakan pagi tadi, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan, di sini, hari ini.

    Menurut jabatan berkenaan, kerja-kerja segera pembaikan paip utama berkenaan telah dilaksanakan pada 25 Disember lalu bermula pukul 9 malam di mana beberapa kawasan iaitu sebahagian kawasan Kampung Lambak Kanan, Akademi Pertahanan ABDB, sebahagian Kampung Tanah Jambu, Kampung Salambigar, Kampung Meragang dan sekitarnya berkemungkinan mengalami gangguan bekalan air atau tekanan air rendah.

    JKR memaklumkan bahawa bekalan air akan kembali pulih, namun ia memerlukan masa untuk pulih sepenuhnya dan kawasan-kawasan tinggi mungkin masih akan mengalami bekalan air atau tekanan air rendah.

    Bagi rumah yang memiliki penapis air, mereka disarankan untuk mengeluarkan air (flushing) di penapis persendirian. Sementara itu, bagi sebarang aduan mengenai bekalan air atau permohonan pembekalan air melalui tanker, orang ramai boleh menghubungi Talian Darussalam 123.  

    Gambar Pixabay
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda