Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makluman kerja pembaikan, penurapan jalan esok

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 JULAI – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan kepada orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara jalan di Jalan Utama Berakas bermula esok 21 Julai hingga 4 Ogos pada pukul 9 malam hingga pukul 6 pagi.

    JKR menyatakan bahawa penutupan sementara jalan adalah bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan dan menurap semula jalan untuk dilaksanakan.

    Dalam hubungan itu, Jabatan Kerja Raya menasihatkan kepada para pengguna jalan raya berkenaan untuk sentiasa berhati-hati, mematuhi papan tanda arahan jalan raya serta had kelajuan yang telah ditetapkan ketika melalui kawasan berkenaan.

    Kawasan yang terlibat dengan penutupan jalan. – GAMBAR SERAHAN JKR
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda