Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JULAI – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan kepada orang ramai tentang kerja-kerja pembaikan struktur tangki air Agis-Agis, Sungai Liang akan dijalankan bermula esok, 29 Julai sehingga kerja-kerja berkenaan selesai.
Kawasan yang terlibat ialah Kampung Sungai Liang, Kampung Agis-Agis, Kampung Sungai Lalit, Kampung Lumut Tersusun, Kampung Sungai Bakong dan kawasan sekitarnya.
Sehubungan itu, JKR menjelaskan bahawa kawasan-kawasan yang terlibat berkemungkinan mengalami gangguan bekalan air atau tekanan air rendah terutama di kawasan-kawasan tanah tinggi.
Untuk permohonan pembekalan air tanker, orang ramai boleh menghubungi Talian Darussalam 123.
