Thursday, December 26, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makluman kerja pembersihan di jambatan SHOAS

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 NOV – Orang ramai khususnya pengguna Jambatan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien (SHOAS) disarankan untuk sentiasa berhati-hati dan mematuhi had laju yang dibenarkan semasa kerja-kerja pembersihan di jambatan berkenaan yang dijalankan bermula sejak kelmarin, 9 hingga 18 November dari pukul 7.30 pagi hingga pukul 5.30 petang.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan, di sini, kerja-kerja pembersihan di jambatan berkenaan dilaksanakan di T11.8KM sehingga T0.1KM, hala Temburong.

    JKR menyatakan lagi bahawa jalan lencongan disediakan dan para pengguna jambatan dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati, mematuhi papan tanda arahan jalan raya serta had kelajuan yang dibenarkan.

    Kawasan yang terlibat dengan kerja pembersihan.
    Lencongan yang disediakan – GAMBAR-GAMBAR DARI NOTIS SERAHAN JKR

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda