Oleh Sim Y.H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Sept- Orang ramai khususnya pengguna Jambatan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien (SHOAS) disarankan untuk sentiasa berhati-hati serta mematuhi had laju yang telah ditetapkan semasa kerja-kerja pengukuran jalan di jambatan berkenaan yang menghala Brunei Muara .
Kerja-kerja pengukuran jalan di jambatan berkenaan bermula pada 13 September hingga 14 September dari pukul 8 malam sehingga kerja-kerja selesai.
Sehubungan itu, Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan dalam kenyataan yang dikeluarkan kelmarin, kerja-kerja pengukuran jalan di jambatan berkenaan dilaksanakan di BM 22.0 hingga BM 0.8 KM, hala Brunei-Muara.
JKR menasihatkan kepada pengguna jambatan untuk sentiasa berhati-hati, mematuhi papan arahan jalan raya serta had kelajuan yang telah ditetapkan.


