Sunday, July 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makluman kerja penyelenggaraan di loji air Seria

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 JUN – Orang ramai khususnya penduduk di kawasan Perumahan Negara Lorong Tengah Seria, Daerah Belait, berkemungkinan akan mengalami gangguan bekalan air atau tekanan air rendah disebabkan oleh kerja-kerja pemasangan flowmeter di Loji Rawatan Air Seria, Daerah Belait pada 11 Jun nanti bermula pukul 8 pagi hingga kerja-kerja selesai.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan, di sini, menyatakan bahawa kawasan-kawasan yang terlibat ialah Perumahan Negara Lorong Tengah, Seria dan kawasan sekitarnya di mana kawasan-kawasan yang terlibat berkemungkinan akan mengalami gangguan bekalan air atau tekanan air rendah.

    Orang ramai yang ingin untuk membuat permohonan pembekalan air tanker boleh menghubungi Talian Darussalam 123.

    Kemungkinan terdapat gangguan bekalan air semasa kerja penyelenggaraan berkenaan. – Gambar Pixabay.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda