Sunday, November 24, 2024
32.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makluman kerja penyelenggaraan sedang berjalan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 NOV – Orang ramai khususnya pengguna Jambatan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien (SHOAS) dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati serta mematuhi had laju yang dibenarkan semasa kerja-kerja penyelenggaraan jalan raya di jambatan berkenaan yang dijalankan bermula hari ini, 7 November hingga 14 November, dari pukul 8 pagi sehingga kerja-kerja selesai.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan, di sini, kerja-kerja penyelenggaraan jalan raya di jambatan berkenaan dilaksanakan di BM 25.6KM sehingga BM 23.6KM, hala Brunei Muara.

    JKR menyatakan lagi bahawa jalan lencongan disediakan dan para pengguna jambatan dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati, mematuhi papan arahan jalan raya serta had kelajuan yang telah dibenarkan.

    Lokasi kerja-kerja penyelenggaraan berkenaan. – GAMBAR SERAHAN JKR
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda