Oleh Nurdiyanah R.
BANDAR SERI BEGAWAN, 7 APRIL – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan kepada orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai lanjutan penutupan sementara separuh jalan di lampu isyarat J44 Jalan Utama Berakas / Lebuhraya Sultan Hassanal Bolkiah hari ini sehingga 20 April.
JKR menyatakan bahawa penutupan sementara separuh jalan itu adalah bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan loop sensor untuk dilaksanakan.
Dalam hubungan itu, JKR menasihatkan kepada para pengguna jalan raya berkenaan untuk sentiasa berhati-hati, mematuhi papan tanda arahan jalan raya serta had kelajuan yang telah ditetapkan ketika melalui kawasan berkenaan.
