Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makluman lanjutan penutupan sementara separuh jalan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 SEPT – Penutupan sementara separuh jalan di Jejambat Gadong, Lebuhraya Sultan Hassanal Bolkiah menghala ke Bandar Seri Begawan, dilanjutkan sehingga 4 Oktober.

    Kerja-kerja penyelanggaran di jejambat berkenaan akan bermula dari pukul 11 malam hingga pukul 4 pagi.

    Sementara itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) turut memaklumkan mengenai penutupan sementara separuh jalan secara berperingkat di persimpangan Jalan Tutong/Jalan Mulaut-Tanjong Nangka bermula 9 September hingga 8 Oktober dan ini tertakluk kepada keadaan cauaca.

    Penutupan tersebut di sebabkan kerja-kerja pengubahsuaian simpang untuk dinaik taraf kepada persimpangan lampu isyarat.

    Sehubungan itu, pengguna jalan berkenaan dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dan mematuhi papan tanda arahan jalan raya serta had kelajuan yang telah di tetapkan.

    Lokasi penutupan sementara separuh jalan. – GAMBAR DARIPADA NOTIS SERAHAN JKR
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda