Monday, March 10, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makluman lanjutan penutupan sementara separuh jalan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Mac – Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan kepada orang ramai terutamanya pengguna jalan mengenai penutupan sementara separuh jalan di KM5.1 dan sebelum KM3, Lebuhraya Sultan Hassanal Bolkiah iaitu menghala ke Sungai Akar akan dilanjutkan.

    Perlanjutan penutupan sementara itu bagi kerja pembaikan di jalan berkenaan akan dilanjutkan sehingga 12 Mac 2025 dari pukul 10.30 malam hingga 5.30 pagi.

    Dalam hubungan itu, JKR menasihatkan kepada para pengguna jalan raya berkenaan untuk sentiasa berhati-hati, mematuhi papan tanda arahan jalan raya serta had kelajuan yang telah ditetapkan ketika melalui kawasan berkenaan.

    Kawasan yang terlibat dalam lanjutan penutupan sementara separuh jalan berkenaan. – GAMBAR SERAHAN JKR
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda