Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 13 NOV – Jabatan Penerbangan Awam, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, memaklumkan kepada orang ramai dan pengguna-pengguna lapangan terbang bahawa latihan kecemasan akan diadakan di Bangunan Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei dan kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei pada 13 November, pukul 7.30 malam nanti.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Penerbangan Awam, di sini, menyatakan jabatan berkenaan menasihatkan orang ramai supaya tidak merasa cemas apabila berada di kawasan bangunan terminal sepanjang sesi latihan berkenaan dijalankan.
Untuk makluman, perkhidmatan-perkhidmatan termasuk penerbangan adalah beroperasi seperti biasa.


