Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 22 JAN – Pasukan Polis Diraja Brunei dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, memaklumkan bahawa Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) akan mengadakan Latihan Keselamatan Bersepadu Pasukan Polis Diraja Brunei Bersama Agensi-Agensi Keselamatan yang berlangsung di Kawasan Ibu Pejabat Polis Gadong, bermula pukul 7.30 pagi hingga pukul 12 tengah hari pada 6 Februari nanti.
Sehubungan dengan itu, Polis memaklumkan kepada orang ramai supaya tidak merasa cemas dan tidak menghampiri tempat latihan keselamatan berkenaan bagi menggelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini sepanjang latihan itu dijalankan.