Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 14 APRIL – Orang ramai khususnya pengguna Jambatan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien (SHOAS) disarankan untuk sentiasa berhati-hati serta mematuhi had laju yang dibenarkan semasa kerja-kerja pemasangan kabel fiber optik di jambatan berkenaan yang dijalankan esok hingga 15 Mei.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan, di sini, kerja-kerja pemasangan fiber optik di jambatan berkenaan dilaksanakan di KM T10.7 hingga KM T4.9, lorong kanan, hala Temburong.
JKR menyatakan lagi bahawa jalan lencongan disediakan dan para pengguna jambatan dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati, mematuhi papan arahan jalan raya serta had kelajuan yang telah dibenarkan.
