Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 29 JAN- Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan kepada orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai dengan kerja-kerja penyelenggaraan kamera CCTV di Jambatan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien (SHOAS) pada 30 Januari bermula pukul 8 pagi hingga pukul 5:30 petang.
JKR menyatakan bahawa kerja-kerja penyelenggaraan kamera CCTV di jambatan berkenaan akan dilaksankan di km 17.5–km 16.9, hala Temburong dan km 9.6–km 9, hala Kota Batu.
Sehubungan itu, Jabatan Kerja Raya menyatakan bahawa jalan lencongan ada disediakan dan menasihatkan kepada para pengguna jambatan berkenaan untuk sentiasa berhati-hati serta mematuhi hal laju yang dibenarkan ketika melalui kawasan berkenaan.
