Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 10 NOV – Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan kepada orang ramai terutama penduduk Kampung Rancangan Perumahan Negara Kampung Mentiri dan kawasan sekitarnya bahawasanya kerja-kerja mencuci tangki Mentiri akan diadakan pada esok, 11 November.
Kerja-kerja berkenaan akan bermula dari pukul 9 pagi hingga selesai dilaksanakan.
JKR turut mengingatkan yang mana sebahagian kawasan-kawasan yang terlibat berkemungkinan akan mengalami tekanan air rendah terutama di kawasan-kawasan tanah tinggi.
Sebarang aduan mengenai gangguan bekalan air atau permohonan pembekalan air tanker boleh dibuat dengan menghubungi Talian Darussalam 123.