Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 29 JAN – Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan Jalan Selangan-Bokok, Kampung Belais telah dibuka semula dan boleh digunakan setelah kerja membersihkan tanah susur selesai dilaksanakan.
Walau bagaimanapun, JKR menasihatkan pengguna jalan tersebut untuk memandu dengan perlahan, cermat dan berhati-hati semasa menggunakan jalan berkenaan terutama pada waktu hujan.
Untuk aduan mengenai jalan raya atau jambatan, sila hubungi Talian Darussalam 123.