Sunday, May 11, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makluman pemindahan lokasi operasi

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 JAN – Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa Perkhidmatan Psikologi Klinikal, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) yang selama ini beroperasi di Tingkat 3, Blok Jururawat Lama, Hospital RIPAS akan berpindah dan beroperasi di Blok 2G, Tingkat 6, Kondominium Ong Sum Ping, Kementerian Kesihatan, Jalan Ong Sum Ping, bermula esok (1 Februari).

    Kementerian Kesihatan dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, menjelaskan bahawa Perkhidmatan Psikologi Klinikal adalah perkhidmatan yang memberikan pelbagai perkhidmatan psikologi oleh ahli psikologi klinikal dan ahli psikologi yang berdaftar dan bertauliah.

    Perkhidmatan berkenaan menerima rujukan daripada hospital dan klinik kerajaan dan swasta di mana perkhidmatan berkenaan menyediakan penilaian psikologi dan intervensi daripada perspektif psikologi klinikal untuk kanak-kanak dan orang dewasa.

    Kementerian Kesihatan dalam kenyataannya lagi memohon maaf atas sebarang kesulitan dan ketidakselesaan yang timbul di mana kerjasama serta kesabaran orang ramai ke arah perkara itu adalah sangat-sangat dihargai.

    Bagi orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut, mereka boleh menghubungi Perkhidmatan Psikologi Klinikal di talian 7212697.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda