Oleh Yusrin Junaidi –
BANDAR SERI BEGAWAN, 4 MAC – Kementerian Hal Ehwal Ugama hari ini memaklumkan kepada peserta kursus pra nikah bahawa Kursus Pra-Nikah Daerah Brunei dan Muara akan berpindah ke tempat sementara di Dewan Serba guna, Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Muta-Wakillah Hayatul Bolkiah, Serusop pada 5 dan 6 Mac 2024.
Kursus akan bermula pada pukul 8 hingga 11:30 pagi pada hari Selasa, 5 Mac dan Rabu, 6 Mac pada pukul 1:45 petang hingga 4:30 petang.


