Makluman penutupan bahagian pejabat KHEU

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 NOV – Dalam usaha membendung dan mengurangkan risiko penularan wabak COVID-19 di negara ini, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) memaklumkan penutupan bahagian di Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Temburong dan Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Belait.

Kenyataan menjelaskan bahawa Unit Pentadbiran, Unit Pembangunan dan Pemeliharaan, Unit Tanah-tanah Perkuburan Islam, Pentadbiran Pejabat Hal Ehwal Masjid dan Bahagian Kutipan dan Agihan Zakat di Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Temburong akan ditutup mulai hari ini sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Sebarang pertanyaan, orang ramai bolehlah menghubungi Pentadbiran Hal Ehwal Ugama, Daerah Temburong melalui e-mel pheu.tmb@mora.gov.bn. atau kepada Awang Elde bin Haji Sulaile di talian 8635478.

Bagi Bahagian Kutipan dan Agihan Zakat Temburong bolehlah berhubung melalui e-mel bakaz.temburong@gmail.com dan bagi Unit Tanah-tanah Perkuburan Islam boleh berhubung melalui Awang Mohd Zulfadhli bin Haji Latiff di talian 7330034. Sementara itu, setiap bahagian di bangunan Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Belait pula ditutup selama seminggu bermula 27 November lalu hingga 2 Disember ini.

Walau bagaimanapun, tambah kenyataan, pejabat berkenaan akan terus beroperasi secara dalam talian.

Sehubungan itu, sebarang urusan atau pertanyaan bolehlah dibuat menerusi talian hotline atau e-mel. Bagi pembayaran Sewa Berek dan Sampah bolehlah berhubung melalui pesanan ringkas (SMS) atau WhatsApp di talian 8300510 atau e-mel kepada pheu.kb@mora.gov.bn.

Bahagian Kutipan dan Agihan Zakat boleh dihubungi melalui SMS atau WhatsApp di talian 8330031. Manakala itu, Bahagian Khidmat Nasihat Keluarga (aduan masalah rumahtangga dan permohonan kursus pra nikah) boleh dihubungi melalui SMS atau WhatsApp di talian 8300510 atau e-mel bknk.kb@mora.gov.bn.