Saturday, December 28, 2024
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makluman penutupan cawangan TAP

    Oleh Nurdiyanah R. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 DIS – Tabung Amanah Pekerja (TAP) ingin memaklumkan kepada orang ramai mengenai penutupan cawangan dan perkhidmatan TAP pada hari-hari yang telah ditetapkan.

    Pada 31 Disember, kaunter pembayaran bagi Ibu Pejabat TAP dan semua cawangan di Kuala Belait, Tutong dan Temburong akan ditutup.

    Manakala perkhidmatan-perkhidmatan TAP iaitu kaunter pendaftaran, kaunter pertanyaan, kaunter pengeluaran, Pusat Panggilan TAP, E-Amanah Pitstop dan Kiosk e-Info TAP akan beroperasi pada hari tersebut. Perkhidmatan-perkhidmatan berkenaan di Ibu Pejabat TAP dan cawangan Kuala Belait dibukakan dari 8 pagi hingga 3:30 petang, sementara cawangan TAP di Daerah Tutong dan Temburong akan beroperasi bermula dari 8 pagi hingga 11:30 pagi; dan 1:30 petang hingga 3:30 petang.

    Pada 1 Januari 2025 pula, semua kaunter di Ibu Pejabat TAP dan semua cawangan di Kuala Belait, Tutong dan Temburong akan ditutup.

    Bagi ahli Skim Tabungan Perumahan (STP), pembayaran caruman bagi bulan Disember 2024 bolehlah dibuat melalui perbankan dalam talian selewat-lewatnya pada 31 Disember.

    Dalam pada itu, kesemua cawangan TAP akan kembali beroperasi seperti biasa pada 2 Januari 2025.

    Pihak TAP amat menghargai kerjasama yang diberikan dan untuk sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi Pusat Panggilan TAP di talian 272 2929 semasa waktu bekerja atau melalui e-mel di ask@tap.com.bn.

    Bagi mengetahui perkembangan terkini, ikuti laman media sosial Tabung Amanah Pekerja (TAP) melalui Facebook atau @TAP_Brunei melalui Instagram.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda