Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makluman penutupan jalan

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 DIS – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan, dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, memaklumkan orang ramai mengenai penutupan sementara jalan raya di Jalan Canselor, Universiti Brunei Darussalam (UBD).

    JKR menjelaskan, penutupan yang bermula hari ini hingga 15 Disember dari pukul 7 pagi itu adalah untuk memberi laluan bagi kerja-kerja pembaikan jalan raya.

    Oleh itu, para pengguna jalan raya dinasihatkan untuk menggunakan jalan-jalan alternatif yang terdapat di kawasan berkenaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda